Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal menafikan beliau menggesa sekolah vernakular dimansuhkan dalam kenyataannya tahun lepas.

Sebaliknya, beliau hanya mahu Bahasa Melayu dimantapkan sebagai bahasa pengantar di sekolah vernakular agar mampu memupuk perpaduan dalam kalangan masyarakat.

Timbalan Menteri Perpaduan Negara itu berkata demikian apabila diminta menyatakan pendirian mengenai kenyataannya tahun lalu berhubung isu itu.

Gesaan itu dibuat Steven Sim (PH-Bukit Mertajam) yang berkata, kenyataan Fayhsal yang menggesa sekolah vernakular ditutup tidak selari dan bertentangan dengan semangat Keluarga Malaysia dianjurkan kerajaan.