MULA popular menerusi TikTok dan sudah pun bergelar pelakon, selebriti media sosial Coki kini memberi bayangan seolah-olah bakal menjadi penyanyi.

Menurut Coki atau nama sebenar Muhammad Danish Daniel, 16, dia ingin terus meneroka bidang baharu dan tidak kisah dengan kritikan dan kecaman netizen.

“Menyanyi tu InshaAllah… orang tidak tahu bakat seseorang macam mana.

“Bagi saya jangan kecam dulu, kita tengok bakat seseorang tu dan kemudian nilaikan,” ujarnya kepada mStar.

Sementara itu, Coki menjadikan Nabila Razali sebagai idola memandangkan penyanyi itu sering dikritik hebat namun tetap bangkit mengembangkan bakatnya.

“Akak Nabila Razali dikecam teruk, suara dia sedap tapi hanya ada kecelakaan sikit dan itu bukan isu besar.

“Dia kena kecam banyak mana pun tapi nama dia still naik, hatters make me famous,” katanya.

Coki bakal tampil dengan single pertama duet bersama Waris yang berjudul Apa Apa Rojer yang bakal disiarkan pada 2 Disember 2021.