Ketua Penerangan Bersatu Wan Saiful Wan Jan berkata bekas perdana menteri Najib Razak tidak perlu menuding jari terhadap pihak lain berhubung isu kenaikan harga barangan keperluan asas.<br /><br />Dia berkata demikian dalam satu hantaran di Facebooknya semalam bagi menjawab tuduhan Najib.<br /><br />Wan Saiful menafikan dakwaan Najib bahawa Bersatu sedang menyusun propaganda untuk menumbangkan pentadbiran Ismail Sabri Yaakob dengan menghangatkan isu kenaikan harga barangan asas.