Najib Razak kecewa dengan penjelasan bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad yang mengakui dia memajak dan membeli tanah di Langkawi seperti yang dibangkitkannya, sebelum ini.<br /><br />Kata Najib dalam satu kenyataan, kenapa Dr Mahathir hanya menjawab pajakan tanah di Langkawi sedangkan dia ada bangkitkan juga isu penerimaan konsesi dan tanah balak seluas 1,000 hektar oleh anaknya.<br /><br />Bekas perdana menteri itu berkata sebelum ini, Mukhriz menjelaskan bahawa dia cuma membantu kawan dan dia tidak menerima manfaat besar.
