Kementerian Sumber Manusia dalam usaha menjaga kebajikan pekerja p-hailing kini dalam proses meminda Akta Kerja 1955 (Akta 265) bagi memperjelaskan takrifan berhubung pekerja dan majikan.<br /><br />Timbalan Menterinya, Awang Hashim, berkata ketika ini, pekerja dalam sektor p-hailing tidak diliputi di bawah undang-undang itu.<br /><br />Katanya, liputan Akta 265 adalah khusus kepada pekerja yang ditakrifkan di bawah Jadual Pertama Akta 265, iaitu yang memasuki kontrak perkhidmatan dan bersetuju untuk berkhidmat dengan majikan.