Veteran DAP Lim Kit Siang mempersoalkan sekiranya negara dilanda ‘kegilaan melantik penasihat’, susulan pengumuman kerajaan bahawa Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob akan mendapatkan seorang lagi penasihat khas berhubung hal-hal kesihatan. <br /><br />Semalam Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Dr Abdul Latiff Ahmad mengesahkan seorang penasihat khas kepada perdana menteri dijangka akan dilantik bagi membantu Ismail.
