Dua lelaki meninggal dunia selepas kenderaan mereka tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di laluan FT 185, Km 27.10 Jalan Simpang Pulai-Blue Valley di Ipoh semalam.<br /><br />Ketua Polis Perak, Mior Faridalathrash Wahid berkata mereka yang maut ialah pemandu lori Muhammad Hafiz Hamdi, 31, dan pemandu sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Alphard Tan Chee Heng, 36.