Timbalan Menteri Kewangan I, Mohd. Shahar Abdullah berkata, penguatkuasa Jabatan Kastam akan dilengkapi dengan peralatan kamera badan bagi meningkatkan integriti dan mengelakkan mereka terlibat dalam aktiviti penyeludupan. <br /><br />Terdahulu Nga Kor Ming (PH - Teluk Intan) memetik laporan yang menyatakan Malaysia sebagai 'syurga' rokok seludup, dan sekiranya perkara ini berlaku akibat kegiatan rasuah di kalangan pasukan beruniform itu atau kadar cukai yang terlalu tinggi.
