Isu doktor kontrak dan lambakan graduan perubatan menjadi topik perdebatan di Dewan Rakyat dalam sesi jawapan Kementerian Kesihatan hari ini.

Lee Boon Chye (PH - Gopeng) membangkitkan isu bekalan doktor pakar yang akan terjejas akibat tidak cukup latihan susulan masalah doktor kontrak yang masih belum selesai.

Xavier Jeyakumar (Bebas - Kuala Langat) mahu kerajaan memberikan jangka masa yang tepat bagi menyelesaikan masalah ini memandangkan negara menerima graduan perubatan yang ramai setiap tahun.

Timbalan Menteri Kesihatan I, Dr Noor Azmi Ghazali menjelaskan, kerajaan sentiasa mengadakan perbincangan berterusan dengan pelbagai pihak termasuk Jabatan Perkhidmatan Awam dan Kementerian Kewangan bagi menyelesaikan isu tersebut.