Dr Mahathir Mohamad menyatakan beliau menerima banyak aduan bahawa Tony Pua seorang yang 'angkuh' dan berkelakuan seperti menteri semasa beliau menjadi setiausaha politik kepada bekas menteri kewangan Lim Guan Eng.<br /><br />Dalam satu acara atas talian menjelang pelancaran memoir terbarunya, bekas perdana menteri itu berkata ramai ahli-ahli perniagaan menentang pentadbiran Pakatan Harapan sebelum ini kerana sikapnya yang sedemikian.