Dr Mahathir Mohamad mendakwa bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng mahu menamatkan semua kontrak yang diluluskan ketika pentadbiran Najib Razak, yang hanya akan merugikan kontraktor-kontraktor yang terlibat dalam projek tersebut. <br /><br />Bercakap dalam satu acara atas talian hari ini, bekas perdana menteri itu juga menegaskan beliau seorang yang mesra pelabur kerana golongan itu membawa peluang pekerjaan dan pelaburan kepada negara.