Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Mohamed Azmin Ali menafikan dakwaan yang mengatakan dia membawa ahli keluarganya bersama dalam misi perdagangan dan pelaburan ke Eropah Oktober lalu.<br /><br />Penafian itu dibuat selepas disoal RSN Rayer (PH -Jelutong) berhubung perkara itu di Dewan Rakyat hari ini.