Sekretariat Hartal Doktor Kontrak (HDK) memaklumkan rancangan mengadakan Hartal 2.0 yang dijadualkan berlangsung hari ini, ditunda seketika bagi menunggu penjelasan KKM.<br /><br />Langkah itu dibuat selepas HDK mengambil maklum kenyataan Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin, pada 26 Nov yang menyatakan isu tersebut akan dibawa ke mesyuarat kabinet dalam tempoh dua minggu.