Timbalan Pendakwa Raya, V Sithambaram menyifatkan usaha pasukannya mengumpul bukti dan mendapatkan keterangan saksi sejak 2019 bagi kes SRC International terhadap Najib Razak sebagai proses yang 'panjang dan memenatkan'.<br /><br />Sithambaran berkata ini kerana pasukan pembelaan Najib mengemukakan bantahan yang kuat terhadap semua perkara yang dibangkitkan pihaknya.