Pengarah Komunikasi Parti Amanah Khalid Samad mempersoalkan bekas perdana menteri Najib Razak tidak membayar denda RM210 juta terlebih dahulu walaupun sedang mengemukakan rayuan di Mahmakah Persekutuan. <br /><br />Katanya mengikut kefahamannya, hukuman penjara boleh ditangguhkan namun denda harus dibayar dan wang itu boleh dipulangkan kembali sekiranya Najib didapati tidak bersalah di akhir perbicaraan kes SRC International.<br /><br />Semalam, Mahkamah Rayuan membenarkan permohonan Najib untuk menangguhkan sabitan dan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta yang dikenakan terhadapnya sehingga rayuan di dengar di peringkat Mahkamah Persekutuan.