Tiada keperluan untuk meminda had umur minimum perkahwinan bagi perempuan beragama Islam daripada 16 kepada 18 tahun setakat ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Idris Ahmad.<br /><br />Idris berkata berdasarkan maklum balas yang diterima, kebanyakan negeri bersetuju untuk mengekalkan had umur perkahwinan yang sedia ada.