Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim menjelaskan keputusan menangguhkan pindaan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) hari ini merupakan keputusan kedua-dua belah pihak. <br /><br />Anwar berkata hasil rundingan antara kerajaan dan pembangkang hari ini, cadangan pindaan itu akan dibentangkan terlebih dahulu kepada Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) pada Isnin. <br /><br />Katanya, pembangkang juga akan mempertimbangkan untuk menyokong pindaan tersebut sekiranya beberapa peruntukan penting dipenuhi.
