Menyifatkan Warisan sebagai parti nasional pelbagai bangsa, presidennya Shafie Apdal berkata parti-parti berpangkalan di Semenanjung Malaysia hanya mendakwa mereka berbilang kaum sedangkan dari segi amalan adalah sebaliknya.<br /><br />Sebaliknya Shafie mendakwa kepimpinan Warisan mencerminkan kepelbagaian budaya yang tulen, ketika bercakap selepas majlis pelancaran Warisan peringkat nasional di Kuala Lumpur hari ini.