Peguambela bekas perdana menteri Najib Razak hari ini mendakwa terdapat lebih banyak bukti dalam kes SRC International yang didakwa telah disembunyikan daripada pengetahuan pihak pembelaan.<br /><br />Peguam Muhammad Shafee Abdullah memberitahu sidang media bahawa pasukannya sedang berusaha untuk mendapatkan beberapa dokumen dan akan membuat permohonan kepada Mahkamah Persekutuan untuk mengemukakan bukti baru dalam rayuan Najib.