Menteri kabinet Noh Omar mengkritik Menteri Besar Selangor Amirudin Shari yang tidak memahami struktur Majlis Keselamatan Negara. <br /><br />Noh berkata sebenarnya kedua-dua mereka mempengerusikan dua jawatankuasa MKN negeri yang berbeza, berdasarkan dua arahan.<br /><br />Ini selepas Amirudin berkata, dia kembali dilantik mempengerusikan MKN Selangor dan menzahirkan kekangan tidak dapat meminta bantuan banjir dari polis dan tentera susulan badan itu dipengerusikan Noh.
