Yang Dipertua Dewan Rakyat, Azhar Azizan Harun menafikan beliau menolak usul membahaskan isu banjir pada hari terakhir persidangan Dewan Rakyat Isnin lepas.<br /><br />Azhar menjelaskan bahawa bagi hal-hal tergempar, satu usul di bawah Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat 18 (1) perlu dibuat kepada beliau sehari lebih awal.<br /><br />Malah katanya, satu usul bertulis boleh dibuat pada pagi 20 Dis, namun tiada seorang ahli Parlimen yang berbuat demikian.