Ketua Polis Negara, Acryl Sani Abdullah Sani hari ini menzahirkan penghargaannya kepada para sukarelawan dan NGO yang membantu agensi kerajaan dalam usaha menyelamat dan memindah mangsa banjir. <br /><br />Acryl menyifatkan sukarelawan tersebut sebagai 'wira yang tidak didendang' kerana sikap mereka yang tidak mendabik dada atau menuntut sebarang pengiktirafan daripada mana-mana pihak.