Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail menggesa kerajaan mengadakan sidang khas parlimen bagi membincangkan isu semasa yang mendesak dihadapi rakyat sekarang.<br /><br />Katanya, dalam tempoh kira-kira seminggu lalu rakyat Malaysia khususnya di Selangor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan dan Pahang sangat terkesan akibat bencana banjir.
