Ahli parlimen Segambut Hannah Yeoh mempersoalkan dakwaan percanggahan kenyataan antara perdana menteri dan NADMA berhubung kekerapan Bantuan Wang Ihsan bagi mangsa banjir.<br /><br />Ini selepas Ismail Sabri membalas ciapan Twitternya yang menyatakan, bantuan wang itu akan diberikan setiap kali bencana berlaku.
