Bekas perdana menteri Najib Abdul Razak berkata kerajaan perlu memperbetulkan keutamaan mereka dan menggerakkan semua jentera kerajaan yang ada bagi membantu mangsa banjir.<br /><br />Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Forum Ekonomi China Sedunia 2021 hari ini, ketika diminta mengulas kritikan orang ramai terhadap tindak balas kerajaan yang disifatkan perhalan terhadap bencana banjir.
