Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) akan mengadakan jelajah di seluruh negara bersama pakar-pakar dan masyarakat selepas negara pulih dari pandemik Covid-19, kata Presiden Penajanya Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.<br /><br />Ketika sidang media pengumuman kelulusan pendaftaran parti itu, Syed Saddiq berkata tujuan jelajah itu dilakukan untuk mendapatkan pandangan orang ramai sebelum merangka dasar-dasar iaitu dasar partinya dan juga dasar kerajaan.<br /><br />Sumber video: https://www.facebook.com/syedsaddiqofficial/videos/1079187726211793