Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo mendesak agar Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob tidak terus-terusan mendiamkan diri berhubung isu kontroversi Azam Baki.<br /><br />Demikian kata Gobind dalam satu hantaran di Facebooknya hari ini.<br /><br />Beliau mengingatkan Ismail bahawa SPRM berada di bawah pengawasan jabatan perdana menteri dan beliau mesti bertanggungjawab sepenuhnya ke atas SPRM.