Presiden Parti Muda, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menangkis tuduhan bahawa duit sumbangan rakyat untuk misi bantuan banjir digunakan untuk membeli minuman keras buat ahli parti.<br /><br />Tuduhan sedemikian timbul selepas gambar sekumpulan individu yang memakai baju Muda, dilihat duduk di meja yang dipenuhi botol dan tin minuman keras.