Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Azam Baki memberitahu Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR) bahawa akaun trading miliknya digunakan oleh adiknya untuk memperoleh saham dalam dua syarikat pada 2015.<br /><br />Pada sidang media hari ini, pengerusi LPPR Abu Zahar Ujang berkata Azam hadir dalam pertemuan dengan lembaga itu pada 24 Nov lalu untuk memberikan penjelasan.
