Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki hari ini menafikan sekeras-kerasnya dakwaan pemilikan saham dan menyifatkan tuduhan dia mempunyai kawalan dalam beberapa syarikat sebagai 'pembohongan besar'.<br /><br />Dalam sidang media di Putrajaya hari ini, Azam mendakwa tuduhan itu merupakan usaha pihak tertentu untuk menjejaskan reputasinya dan SPRM.