Ahli Parlimen Pulai, Salahuddin Ayub mahu isu pemilikan saham membabitkan Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki, dibahaskan di Dewan Rakyat.<br /><br />Beliau mengemukakan usul tergempar kepada Speaker Dewan Rakyat, Azhar Harun supaya ia dapat diterima dan dibahas pada sidang dewan yang bermula pada 1 Mac depan.