KKM menjangkakan kes harian Covid-19 boleh melonjak kepada 15,000 kes sehari pada Jan dan Feb jika langkah pencegahan membendung varian Omicron seperti penangguhan sementara ibadah umrah tidak dilaksanakan.<br /> <br />Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata, walaupun gejala kes varian Omicron lebih ringan berbanding varian Delta, peningkatan kes akan membawa kepada kadar kemasukan lebih tinggi ke hospital.
