Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata Sistem Pelaporan Kesan Advers Susulan Imunisasi (AEFI) oleh Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) menerima 24,042 laporan termasuk 812 laporan membabitkan dos penggalak vaksin COVID-19.<br /><br />Beliau berkata, kadar pelaporan AEFI bagi dos penggalak direkodkan pada 0.14 bagi setiap 1,000 dos berbanding kadar pelaporan AEFI keseluruhan 0.42 bagi setiap 1,000 dos.<br /><br />Katanya, daripada jumlah laporan AEFI yang diterima bagi dos penggalak, hanya 38 laporan (atau 4.91 peratus) diklasifikasikan sebagai serius bersamaan kadar 0.007 laporan bagi setiap 1,000 dos.