Presiden PAS Abdul Hadi Awang mengecam media kerana melaporkan dakwaan salah laku individu sebelum perkara itu dibawa ke mahkamah.<br /><br />Beliau membuat kritikan itu dalam satu hantaran di Facebooknya semalam. <br /><br />Abdul Hadi tidak menamakan individu itu tetapi kenyataan itu dibuat di tengah-tengah perhatian orang ramai mengenai pemilikan saham Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki dalam dua syarikat senaraian awam.
