Sekumpulan anggota Pemuda PKR (AMK) berkumpul di depan ibu pejabat SPRM di Putrajaya bagi menuntut ketua pesuruhjanya Azam Baki meletakkan jawatan.<br /><br />Dipimpin ketuanya Akmal Nasir, kumpulan itu turut menuntut siasatan kerajaan terhadap pemilikan saham Azam, termasuk yang dibeli menggunakan akaun adiknya Nasir.<br /><br />Mereka kemudian menyerahkan memorandum mengenai perkaara itu kepada suruhanjaya berkenaan.