Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi Umno disifatkan memberi isyarat bahawa Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob akan dijadikan watak utama mewakili parti itu pada PRU-15.<br /><br />Ketua Umno Ketereh Annuar Musa dalam kenyataannya berkata, ini sekali gus menunjukkan bahawa Ismail merupakan calon perdana menteri daripada parti itu.