Ahli Parlimen Simpang Renggam Maszlee Malik hari ini menasihatkan polis untuk bersikap proaktif dalam menyiasat laporan terhadap ketua SPRM Azam Baki.

Ini selepas Maszlee dipanggil memberi keterangan di IPD Putrajaya pagi ini susulan hadir di protes Pemuda PKR terhadap Azam lima hari lalu.

Dalam pada itu, Maszlee mencadangkan agar bekas ketua polis negara, Abdul Hamid Bador dipilih mengetuai siasatan isu dakwaan pemilikan saham oleh Azam.

Sumber video: https://www.facebook.com/DrMaszleeMalik/videos/454313626330411