Tahap keyakinan Umno untuk menang di Pilihan Raya Negeri Johor perlu berdasarkan 'sains dan data' dan hanya boleh ditentukan selepas pembubaran DUN, kata Presidennya Ahmad Zahid Hamidi. <br /><br />Ahmad Zahid berkata demikian ketika ditanya sekiranya Umno yakin mampu mencapai kemenangan besar di Johor seperti di PRN Melaka tahun lalu. <br /><br />Dalam pada itu Zahid berkata, PRN bukan sesuatu yang luar biasa untuk Umno dan jentera parti telah pun bersiap siaga sejak beberapa pilihan raya kecil (PRK) yang lepas.