Surprise Me!

Melutut di akhir persembahan, Suki Low akui emosi terjejas gara-gara teringat seseorang

2022-01-18 1 Dailymotion

BERJAYA menempatkan diri di peringkat akhir Gegar Vaganza musim kelapan (GV8), Suki Low akui persembahannya sedikit terganggu ketika menyampaikan lagu Tanpa Kekasihku.

Ujar Suki atau nama sebenar Low Sook Yee, dia berasa sebak apabila tiba-tiba teringat seseorang individu yang rapat dengannya sudah meninggal dunia.

“Semasa akhir persembahan dan ketika itu saya melutut, ia bukanlah rancangan awal... ketika itu saya berdoa kepada seseorang yang telah meninggalkan saya.

“Semasa itu saya tertanya-tanya kat mana dapat cari dia, perasaan itu datang secara tiba-tiba tapi saya tidak boleh beritahu siapa individu itu, saya minta maaf,” katanya kepada mStar.

Buy Now on CodeCanyon