Tiga pemuda Amanah telah dipanggil memberi keterangan kepada pihak polis susulan tindakan mereka memberi sokongan kepada demonstrasi #TangkapAzamBaki pada Sabtu ini (22 Jan).<br /><br />Mereka ialah peguam Fadhli Umar, Naib Ketua Pemuda Amanah, Zubair Rahim dan Pengarah Mobilisasi Pemuda Amanah , Abbas Azmi telah hadir di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, tengah hari tadi. <br /><br />Demontrasi itu bertujuan menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki berkenaan pemilikan sahamnya.