Pengembara yang menerima dos penggalak hanya perlu menjalani tempoh kuarantin selama lima hari, berkuat kuasa Isnin ini.<br /><br />Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata sementara itu, pengembara yang lengkap vaksinasi tetapi tiada dos penggalak perlu dikuarantin selama tujuh hari, manakala mereka yang tidak divaksin dikuarantin selama 10 hari.