Pihak polis telah mendapatkan perintah mahkamah bagi menghalang perhimpunan #TangkapAzamBaki diadakan di tiga lokasi esok, iaitu di Dataran Merdeka, Sogo dan Masjid Jamek. <br /><br />Ketua Polis Daerah Dang Wangi Noor Dellhan Yahaya berkata, pihaknya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang tetap berdegil dengan menyertai perhimpunan itu.