Susulan banjir besar pada Disember lalu yang meragut sekurang-kurangnya 54 nyawa, beberapa NGO telah menggesa Yang di-Pertuan Agong untuk mendesak moratorium pembalakan selama 25 tahun di seluruh negara.<br /><br />Mereka juga mahu keseluruhan kompleks hutan di Banjaran Titiwangsa diwartakan sebagai taman negara bagi menjamin perlindungannya.<br /><br />Kumpulan NGO tersebut turut menyerahkan memorandum tuntutan mereka kepada Istana Negara.