PENYANYI berdarah kacukan Melayu dan Filipina, Yazmin Aziz mengakui pernah dibuli kerana perbezaan budaya dan bahasa semasa di sekolah rendah.

Ujar Yasmin yang popular menerusi lagu Lihatlah, pengalaman dibuli itu dijadikan sebagai pembakar semangat untuk terus menjadi yang terbaik.

“Dulu saya takut tidak diterima tapi sekarang saya sedar ramai yang nak belajar mengenai budaya serta bahasa Filipina.

“Saya pernah kena buli masa saya kecil ketika sekolah rendah, masa itu orang sepak muka saya... mereka tak gembira sebab ketika itu saya baru berpindah dari Filipina,” ujarnya kepada mStar.

Selain itu, Yazmin berkata, dia menjadikan penyanyi Mark Adam sebagai sumber inspirasi untuk dia berjaya dalam industri seni.

Katanya, penyanyi lagu Katak itu juga sentiasa memberi motivasi dan kata-kata semangat kepadanya.

Dalam pada itu, bercakap soal jodoh, Yazmin tidak menolak untuk bercinta dengan lelaki dari Malaysia atau Filipina.

“Bagi saya, dua dua pun sama ya... kadang-kadang orang cakap lelaki Filipina ni suka curang tapi sama juga dengan lelaki di Malaysia.

“Lelaki di Filipina suka bergurau, mereka suka main pick-up line saja tau... macam buaya tau,” katanya.