Sekumpulan wakil Gabungan Persatuan OKU seluruh negara hari ini menyerahkan memorandum kepada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat bagi menggesa pemansuhan Pembayaran Bantuan Bulanan JKM Secara Tanpa Tunai atau JKMPay.<br /><br />Menerusi JKMPay, penerima bantuan akan menerima 50 peratus daripada jumlah kadar bantuan di dalam akaun bank penerima manakala separuh lagi dimasukkan ke dalam kad JKMPay. <br /><br />Sementara itu Timbalan Menteri Zailah Mohd Yusoff yang menerima memorandum itu berkata program itu sebenarnya bersifat pilihan dan tidak membabitkan semua penerima bantuan JKM.
