Ketua Penerangan PKR Fahmi Fadzil menyifatkan isu penggunaan logo berbeza telah selesai dan gabungan itu mahu memberi fokus kepada isu-isu rakyat di Johor.

Katanya, PH kini memberi tumpuan kepada usaha untuk mengekalkan kedudukannya di kerusi-kerusi yang dimenangi pada PRU-14 dan juga merampas kembali kerusi wakil rakyat yang telah mengkhianati gabungan itu.

Fahmi berkata demikian selepas selesai memberikan keterangan di IPD Dang Wangi berhubung penerimaan memorandum isu Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki di Parlimen.

Sumber video: https://www.facebook.com/suarakeadilanofficial/videos/677293016785932