Presiden Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) , Ibrahim Ali hari ini menyindir PAS yang mengkritik Umno kerana mengenepikan kerjasama mereka setelah ‘diselamatkan dan dirawat’’ parti itu.<br /><br />Walaupun Ibrahim bersetuju dengan PAS bahawa Umno adalah ‘itik patah kaki’ sebagaimana yang digambarkan Abdul Hadi Awang, namun beliau mendakwa PAS juga tidak lebih baik daripada Umno.