Kemungkinan untuk Bersatu bergabung dengan PH bagi menentang Umno tidak akan berlaku kerana Bersatu juga mahu PH kalah dalam PRN Johor, kata presidennya Muhyiddin Yassin.<br /><br />Sebaliknya beliau menyerahkan kepada rakyat Johor untuk memilih kerajaan negeri yang terbaik walaupun Bersatu dan PN bakal berdepan pertandingan beberapa penjuru.<br /><br />Beliau berkata demikian ketika mengulas soalan pemberita mengenai cadangan agar Bersatu bekerjasama dengan PH untuk mengalahkan Umno di Johor.
