Sempadan negara hanya akan dibuka selepas diadakan perbincangan dengan Kementerian Kesihatan, Kementerian Pelancongan, Seni dan
Budaya serta Jabatan Imigresen, kata Menteri Pertahanan Hishammuddin Hussein.

Katanya hasil perbincangan itu akan dibawa ke mesyuarat kuartet untuk diperhalusi terlebih dahulu, sebelum dibawa ke peringkat kabinet atau Jawatankuasa Khas Menangani Covid-19 yang dipengerusikan perdana menteri.

Beliau berkata demikian bagi mengulas cadangan Majlis Pemulihan Negara agar sempadan negara dibuka sepenuhnya seawal 1 Mac depan.

Sumber video: https://www.facebook.com/KementerianPertahanan/videos/2736246773344672