DENGAN sekali lafaz, pelakon dan pengacara Zulin Aziz sah bergelar isteri kepada Farhan Norzaini kira-kira pukul 9.20 pagi, Ahad.<br /><br />Pasangan ini dinikahkan oleh Imam Besar Masjid Negara, Kuala Lumpur iaitu Ehsan Mohd Hosni berwakil walikan abang kepada Zulin iaitu Shah Rezza Abdul Aziz.<br /><br />Dalam majlis tersebut, Zulin atau nama sebenar Farah Azleenda Abdul Aziz, 33, menerima mas kahwin RM80, sebentuk cincin dan wang hantaran RM30,000.
